Halaman

Senin, 19 Desember 2016

PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK TUGAS 11

PEMIKIRAN LATERAL, KRITIS, KREATIF, REFLEKTIF
 
Dalam buku “Berpikir Lateral” oleh : Edward de Bono, berpikir lateral adalah cara berpikir yang berusaha mencari solusi untuk masalah terselesaikan melalui metode yang tidak umum, atau sebuah cara yang biasanya akan diabaikan oleh pemikiran logis.

Edward De Bono membedakan cara berpikir ini dari berpikir vertikal. Berpikir vertikal adalah cara berpikir yang tradisional atau logis. Berpikir vertikal melihat solusi melalui pandangan yang wajar dari masalah atau situasi dan bekerja melalui itu, umumnya dalam jalur yang paling biasa terpilih (umum). Di sisi lain, berpikir lateral menunjukkan bahwa pemecah masalah dengan cara mengeksplorasi berbagai pendekatan solusi yang menantang, bukan sekedar menerima solusi umum yang tampaknya paling potensial. Dalam hal ini Edward De Bono sendiri tidak bertentangan dengan pemikiran vertikal, ia melihat berpikir lateral sebagai proses yang melengkapi sehingga membuat solusi lain lebih kreatif.

Perbedaan antara berpikir lateral dan berpikir vertikal dapat dinyatakan dalam beberapa cara. Antara lain alternatif (memikirkan banyak cara di luar pendekatan yang jelas), nonsequentiality (melompat keluar dari kerangka referensi atau bekerja dari beberapa titik dan menghubungkan mereka bersama-sama), proses seleksi (berpikir di luar perkembangan logis ke jalur yang mungkin tampak salah) dan perhatian (pergeseran dalam fokus perhatian langsung).

De Bono tidak sendirian dalam menggambarkan berbagai cara berpikir lateral yang kreatif. Teori Gestalt Max Wertheimer yang bermaksud untuk pemain untuk mendapatkan melalui gangguan dengan berbicara pandangan makro masalah. Mirip dengan de Bono, teori Irving Orisinalitas Maltzman seharusnya bahwa orisinalitas seseorang dapat diperkuat melalui latihan dalam membangun hasil yang unik. Perbedaan antara ini adalah bahwa de Bono tidak mencari pandangan makro, tetapi mengintip di masing-masing komponen masalah. De Bono tidak menggali ke dalam namun memicu orisinalitas yang banyak mendorong konstruksi pemikiran baru. Daripada dibangun khusus ke dalam kurikulum, de Bono mendesak agar hal ini harus diajarkan secara eksternal untuk bidang studi umum dalam kognisi umum.

PEMIKIRAN KRITIS

Pemikiran kritis bertujuan untuk mengkaji situasi, fenomena, dan persoalan untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada. Ianya merupakan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi dan melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu. Penerokaan yang berlaku bagi kalangan pemikiran kritis sangat berkaitan dengan pengalaman yang dialami melalui bahan bacaan, pemerhatian, mendengar, dan melihat atau menempuhinya sendiri. Sementara sumber yang diperolehi ini akan diaplikasi pada pelbagai situasi yang sedang dihadapi.

Pemikiran kritis merupakan aspek yang penting dalam menjana ilmu pengetahuan yang baru. Ianya melibatkan pemikiran secara reflektif, produktif dan menilai bukti-bukti untuk memperoleh dapatan yang logik dan tepat. Menurut pendapat John Dewey (1933), beliau mencadangkan idea kepada murid untuk memikirkan secara reflektif. Murid  diberi galakkan untuk memberi jawapan dengan menerangkan secara tepat sementara guru pula memberi galakkan kepada murid untuk bertanya dan bersoal jawab bagi mendapatkan jawapan berdasarkan bukti terhadap maklumat yang disampaikan oleh murid. Sementara itu, Winn (2004) pula berpendapat, cara untuk menggalakkan murid memikirkan secara kritis adalah apabila guru mengemukakan  artikel-artikel yang memaparkan  isu yang boleh didebatkan dengan baik.

Menurut pendapat Nosch (2001) terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan  dalam P&P di dalam bilik darjah. Antaranya ialah kaedah bertanya soalan, cuba menjawab soalan dengan memikirkan tentang jawapan, dan percaya penaakulan seseorang. Sementara, Santrock (2004) pula menyatakan ada tujuh cara untuk mengukuhkan pemahaman murid tentang pemikiran kritis. Antaranya ialah, bertanya bukan sahaja apa yang terjadi, tetapi juga ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’, memeriksa fakta-fakta untuk mengenal pasti sama ada wujud bukti untuk menyokongnya, berbincang dengan cara bersebab dan bukan emosi, sedar bahawa kadangkala wujud lebih daripada satu jawapan atau penerangan yang betul. Seterusnya ialah perlu membandingkan jawapan dan soalan antara seorang murid dengan murid yang lain, memilih jawapan yang terbaik, menilai dan bertanya apa yang disebut oleh orang lain daripada menerimanya sebagai sesuatu yang benar secara tergesa-gesa, serta bertanya pelbagai soalan dan cuba berspekulasi lebih lanjut tentang apa yang telah diketahui oleh murid untuk mewujudkan idea-idea dan informasi yang baru.

Pemikiran kritis penting dalam dunia yang mencabar. Murid harus belajar mengaplikasikan pemikiran kritis semasa berhujah tentang apa jua topik perbincangan. Murid harus digalakkan untuk berusaha secara intelektual untuk berfikir dengan cara kompleks. Sementara guru pula harus merangsang keupayaan murid untuk memikirkan masalah dalam konteks pemikiran kritis. Contohnya, dalam P&P berkaitan tanaman hirdoponik, murid yang berfikiran kritis akan bertanya dengan guru bagaimana tanaman ini boleh mendapatkan sumber makanan untuk pertumbuhan dan pembesarannya. Ini kerana jika sebelum ini mereka mempunyai pengetahuan sedia ada bahawa tanaman sayuran hanya ditanam menggunakan tanah tetapi dalam P&P ini guru mengunakan bekas takungan air untuk menanam sayuran. Jadi, seorang guru yang berfikiran kritis perlu memberi jawapan kepada murid supaya murid dapat membuat perbandingan antara tanaman biasa dengan tanaman hidroponik.

Semua pihak perlu berusaha ke arah mencapat matlamat untuk melatih murid menjadi pemikir yang baik. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran kritis kepada murid-murid. Antaranya  ialah menggunakan strategi berpusatkan murid. Tujuannya supaya murid dapat membuat penilaian yang bernas dan mencari penyelesaian optimal. Seterusnya ialah menguruskan fakta secara sistematik dan tersusun, menggunakan soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid supaya murid dapat menilai semua fakta untuk tujuan menyelesaikan masalah.

Selain itu, guru perlu memberi soalan-soalan yang lebih sukar kepada murid yang lebih bijak untuk menggalakkan tahap pemikiran kritikal yang lebih tinggi, menggalak perbincangan dan aktiviti menyelesaikan masalah dalam bilik darjah, dan memastikan murid-murid memahami penaakulan yang digunakan, serta menggalakkan murid-murid membuat perbandingan isi jawapan yang diberikan oleh rakan sebaya sama ada baik atau lemah. Disamping itu, guru-guru juga perlu menggalakkan murid-murid untuk melihat perspektif yang berbeza-beza dan memastikan murid-murid membuat pertalian yang signifikan serta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam dunia sebenar.

Kesimpulannya, guru-guru juga perlu mengunakan beberapa strategi untuk meningkatkan pemikiran kritis di kalangan murid. Antaranya ialah guru berperanan untuk membantu dalam mengkonstruk pemikiran muridnya sendiri. Guru perlu menilai soalan-soalan murid dengan serius, mendapatkan pandangan, penerangan, dan keinginan atau minat murid dengan tekun untuk membantu menganalisis situasi-situasi pembelajaran yang mencabar. Guru juga harus menganalisis strategi mengajar iaitu mengemukakan soalan-soalan berdasarkan pemikiran dalam pembelajaran. Ianya dapat membantu murid memahami dengan lebih mendalam topik yang dibincangkan. Seterusnya ialah guru juga perlu menyediakan model peranan yang positif. Guru perlu menjemput tokoh-tokoh model yang boleh berkongsi pengalaman sebenar mereka supaya murid dapat berinteraksi dengan idea-idea sebagai maklumat primer dalam mengatur strategi pemikiran pembelajaran yang efektif dan dan berkesan. Justeru itu, pemikiran kritis melibatkan kebolehan menganalisi nilai sesuatu. Oleh itu, seseorang perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara yang tertentu. Bagi membuat sesuatu kritikan, seseorang itu perlu berfikir secara teliti, mengumpulkan maklumat, membuat pengamatan yang tajam, berfikiran terbuka, tidak bersikap berat sebelah, cekap menganalisis dan menyimpulkan rumusan.

PEMIKIRAN KREATIF



Pemikiran kreatif didefinisikan sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea atau mencipta idea, hasil, metafora, analogi dan definisi, ataupun mereka-cipta sesuatu yang baru. Ianya merupakan satu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seorang guru perlu cekap dalam menjana pemikiran kreatif di kalangan murid-muridnya. Contohnya, guru perlu memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-murid dapat melahirkan idea-idea yang kreatif dan unik.

Pemikiran kreatif terbahagi kepada beberapa ciri. Dalam pemikiran kreatif, keberanian adalah diperlukan untuk menjana idea yang baru dan pelbagai tanpa dikongkong oleh idea-idea yang lama.  Oleh itu, seseorang yang berfikiran kreatif, akan berfikir secara terbuka, sanggup menerima risiko, dan kritikan daripada orang lain dalam membuat keputusan menyelesaikan sesuatu masalah.  Kedua, pemikiran kreatif juga mengandungi ciri imaginasi yang mencapah serta kemahiran sintesis untuk mencantum idea-idea yang sedia ada bagi menghasilkan idea-idea yang baru. Ketiga ialah mengandungi ciri perkembangan idea. Melalui pemikiran kreatif pelbagai alternatif idea yang baru dapat disediakan dalam membuat penyelesaian masalah. Seterusnya ialah pemikiran kreatif yang mengandungi ciri reka cipta.  Reka cipta yang dihasilkan adalah berasaskan kemahiran sintesis untuk menghasilkan idea yang baru. Selain itu, pemikiran kreatif juga menjadikan seseorang itu mampu mengandaikan sesuatu di luar jangkaan orang lain, berfikiran secara autonomi, memiliki daya fokus yang tinggi dan berterusan, pelbagai dan dinamik, holistik, dan kaya dengan idea baru.

Teknik yang boleh digunakan untuk merangsang pemikiran kreatif ialah menggalakkan pemikiran kreatif secara individu dan kumpulan. Guru perlu mewujudkan situasi yang membolehkan murid-murid menyatakan idea-idea kreatif melalui teknik sumbangsaran. Teknik ini sesuai untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya semasa perbincangan. Teknik sumbangsaran juga dapat membina semangat berpasukan yang kuat di kalangan murid. Strategi kreatif yang baik dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang banyak disamping persekitaran yang dapat membantu melahirkan keinginan secara semulajadi melalui aktiviti berkumpulan dan latihan yang disediakan oleh guru. Contohnya ialah berpandukan video sekumpulan semut yang saya perolehi melalui sumber internet, ingin menyeberangi sungai dari dua bukit yang tinggi tetapi menghadapi masalah apabila dahan pokok yang hendak digunakan untuk menyeberang jalan tersebut telah patah. Oleh itu, ketua kumpulan semut ini berbincang secara sumbangsaran untuk menyelesaikan masalah mereka itu. Kesimpulan yang boleh diambil daripada petikan video ini ialah guru dan murid boleh menggunakan kaedah sumbangsaran dan bekerjasama dalam mencari idea mengunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk menyelesaikan masalah,

PEMIKIRAN REFLEKTIF

Pemikiran reflektif adalah satu cara pemikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara peringkat, kritis, kreatif, imbas kembali pengalaman yang berkaitan dan penilaian terhadap kemungkinan penyelesaian atau refleksi. Menurut pendapat  Birchall (1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan tindakan alternatif yang boleh digunakan untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan yang seterusnya. Sementara itu, Wilson J & Wing Jan L (1993) pula, menyatakan pemikiran reflektif berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain iaitu pemikiran kritis dan kreatif yang digunakan sebagai pendekatan penyelesaian masalah.

Komponen dan proses pemikiran reflektif yang boleh digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah ialah melalui beberapa peringkat. Antaranya ialah peringkat membaca dan mentafsir maklumat dengan cara memahami masalah melalui pemikiran kognitif. Seterusnya ialah proses menentu dan menyusun maklumat dengan cara memproses dan menganalisis data dengan pemikiran secara kritis. Kemudiannya ialah mencari hubungan masalah dengan cara mengingat kembali perhubungan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah melalui cadangan hipotesis. Semasa membuat cadangan hipotesis, pemikiran kritis dan kreatif digunakan untuk mencari idea yang baru berpandukan pemikiran sedia ada dan mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian bagi masalah tersebut.  Kemungkinan-kemungkinan ini hendaklah dinilai menggunakan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan atau menetapkan sesuatu tindakan.

Cara-cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pemikiran reflektif ialah memperkenalkan masalah secara terbuka. Guru boleh mengemukakan sesuatu topik pengajaran di dalam bilik darjah untuk dikenalpasti punca sesuatu masalah. Contohnya, isu berkenaan masalah jerebu, murid-murid boleh membuat aktiviti sumbangsaran bagi membincangkan masalah ini. Peranan guru ialah membimbing murid untuk berfikir secara kritis, menganalisis dan mantafsir data berkaitan  punca masalah jerebu dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Murid-murid  boleh mengunakan pengalaman mereka dalam membentuk hipotesis serta menghasilkan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang wajar dalam mengatasi masalah ini. Guru juga boleh mengunakan teknik penyoalan untuk meningkatkan daya pemikiran reflektif murid berhubung sesuatu isu atau topik yang dibincangkan.

Selain itu, terdapat lima strategi yang telah dibuat oleh Beyer (1987) untuk meningkatkan pemikiran reflektif. Antaranya ialah penggunaan log pembelajaran individu untuk merekod maklum balas pembelajaran murid dalam bilik darjah, log “double entry” untuk merekod fakta pelajaran yang mengandungi soalan-soalan murid dan refleksinya, serta log pembelajaran dialog yang digunakan untuk membuat catatan refleksi di antara dua orang atau lebih. Log ini berkaitan maklum balas pembelajaran antara guru dan murid.
Seterusnya ialah pemetaan konsep yang melibatkan penggunaan peta minda dan pengurusan grafik. Murid-murid boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat catatan tentang sesuatu topik pembelajaran bagi memudahkannya untuk mengimbas kembali topik pembelajaran lepas. Malah kaedah seperti peta minda ini juga dapat membantu murid untuk mengingat sesuatu fakta dan menarik minat murid melalui kreativiti yang dihasilkan. Selain itu, pembelajaran rundingan juga dapat meningkatkan pemikiran reflektif murid. Ianya melibatkan aktiviti pembelajaran yang memerlukan penggunaan refleksi kendiri dan pemikiran refleksi dalam proses perbincangan, penilaian dan membuat keputusan.  Disamping itu, jurnal reflektif juga dapat meningkatkan pemikiran murid melalui catatan tentang sesuatu peristiwa dan masalah yang dihadapi. Guru boleh membuat refleksi, menilai serta menggunakan jurnal ini untuk mengambil tindakan susulan bagi mengatasi sesuatu masalah pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, pemikiran reflektif ini boleh dilihat melalui video yang diambil dari internet berkaitan bentuk asas reka bentuk. Berdasarkan video ini, murid ini mengunakan konsep nyanyian boria bagi memudahkannya untuk mengingat jenis dan ciri-ciri bentuk asas reka bentuk. Ini menunjukkan bahawa murid mengunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk mengaplikasi bentuk pembelajaran yang dapat membantu dan memudahkannya lebih faham tentang bentuk dua dan tiga dimensi dalam kemahiran hidup.
Secara keseluruhanya, saya dapati bahawa jenis-jenis pemikiran yang saya bincangkan ini saling berkaitan cuma kaedah dan cara pengunaannya untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus bijak dalam mengunakan cara pemikiran untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru-guru harus berfikir secara kritis dan kreatif bagi mengembangkan bakat murid secara holistik ke tahap yang maksima merangkumi semua aspek dan membina potensi individu. Selain itu, persekitaran yang selesa dan kondusif juga akan membantu murid untuk menjana idea kritis, dan kreatif. Malah penggunaan pemikiran dan amalan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mempertingkatkan kemahiran seseorang guru  dalam menangani permasalahan murid dan penyelesaian sesuatu masalah dalam bidang pendidikan.

www.edwarddebonofoundation.com
dkv.binus.ac.id/2012/05/16/berpikir-lateral-edward-de-bono/

http://propaganda-amorfati.blogspot.co.id/2012/02/berfikir-lateral.htmlpropaganda-amorfati.blogspot.co.id/2012/02/berfikir-lateral.html#!

Tidak ada komentar: